✿Heart them ✿

Wednesday, February 29, 2012

Shah Alam

Assalamualaikum

Jujur aku mulakan entri ini dengan kesedihan dan kekesalan aku
belum jejak pun lagi UiTM Shah Alam tu macam macam dh menimpa aku
Harapnya jika permulaannya kurang baik selepas ni akn jadi lebih baik

Aku tak dapat sekelas dgn Aina, Farah Lee, Yana
diorang semua sekelas
aku nak tukar kelas sebab ade perkara buat aku tak selesa dkt kelas tu
waktu aina nak tukar kelas sama dgn aku, group aku pulak penuh.

Terkilan sgt, terkilan sbb aku tak dpt sekelas dgn diorang plus nanti aku terkial kial je la sengsorang, dkt Group baru aku tu nanti.
Aku cuba lah tak nak fikir tapi hati aku tak tenang, dia asyik nak fikir je,
Lebih sedih kawan yg 24/7 asasi sama aku Farah Azie dgn Sarah Sarwina tak dpt Law, kalau tak mesti diorang bersama aku,apa pun decisionnya kami selalu bersama. Banyak bersabar mungkin Allah nak uji aku, permulaan baru, Kenal dgn kawan baru mungkin, tapi aku cemburu, cemburu bila tgk yg lain dpt sama sama kelas dgn roomate diorang, dpt sama kelas dgn kawan baik.
Aku rasa macam lost je sorang sorang.
Aku cuba nak sedapkan hati insyaAllah boleh aku boleh hadapi
tapi benda macam ni buat semangat aku hilang

I'll do it on my own way, I'll find my way insyaAllah
aku rasa lost sampai aku menangis tak henti henti, aku tak tau nak share kat siapa, kawan kawan baik aku pun semua dh pergi smbung belajar.
Nik pernah cakap kat aku hati dia rasa berat sedih sangat bila nak balik Johor sebab dia tak rasa happy sgt kat tmpt dia beljar
aku tak pernah rasa macam tu, sebab dulu asasi dekat UiTM Kuantan tempat paling bahagia lah, aku happy sgt sgt dkt sana.
Sekarang aku mcm dpt rasa apa nik rasa.

Aku pulak bukan jenis yg pndai carik kawan sgt, mula mula aku selalu lost mcm ni lah, aku lebih selesa sorang sorang pd mulanya, tp bila dh rapat baru keluar prgai sbnr aku hihihi

Aku cuba nak redha, redha Allah dh tentukan ini jalan hidup aku, Aku sentiasa nak jaga hati orang smpai kdg kdg hati sendiri tak terjaga, Bila orang cakap ok ke, aku cakap "tak apa" tapi entahlah mustahil tak de rasa sedih.
Aku kalau boleh tak nak susahkan orang, Aku tak nak org terpaksa sebab aku, tak nak sebab kesian. Kalau boleh aku nak dia tolong aku ikhlas dari hati dia, bukan atas dasar kesian tapi atas dasar persahabatan

Kadang kadang benda macam ni menguji nilai persahabatan, menguji kekuatan diri mampukah kau berdikari dan hidup di dunia penuh onak duri.
Ya Allah kau redha kan lah hatiku dengan segala ketentuanmu, aku tahu segala yg kau lakukan ade hikmahnya.

Aku hanya perlu tabah dan sabar. InsyaAllah kekuatan akn dtg sedikit demi sedikit.

PS- post kali ini hanya luahan hati .Lebih kepada kata kata dan luahan emosi.

0 cupcakes :):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...